Tuesday, February 26, 2008

Kuasa di Tangan Anda..

Sewaktu mencari laman-laman web yang sesuai diletakkan dalam blog, input serta ilmu yang terkandung dalam razziarmansur.com adalah yang cukup dekat dengan apa yang dicari selama ini. Motivasi yang sebenar mampu untuk menganjak bukan setakat paradigma tetapi juga tindakan. Bagaimana untuk memuktamadkan keputusan adalah teknik tidak dipraktikkan oleh ramai orang untuk mencapai kejayaan, walaupun umum mengetahui kejayaan hanya diperoleh dengan adanya tindakan. Tekad yang teguh merupakan kunci utama bagi sesiapapun untuk mencapai cita-cita dan segala impian. Kuasa minda yang merupakan master planner kepada corak kehidupan kita tidak dilatih untuk berfikir ke arah mencapai matlamat. Ditambah dengan fokus yang bercabang dan bersimpang siur, impian hanya tinggal impian. Harapannya cuma satu, aktifkan semula kuasa minda untuk menarik semua kekayaan dengan cara berfikir dan bekerja yang betul. MULAKAN SEKARANG!

No comments: