Tuesday, February 26, 2008

Rahsia Penjual Cendol Terbongkar!

Sudah dua hari saya berkenalan dengan pakcik Idral. Penjual cendol bawah pokok yang tidak asing lagi di persimpangan jalan menuju ke Greenwood. Dalam usaha untuk mendapatkan pandangan mengenai keajaiban bersedekah, Pakcik Idral termasuk salah seorang yang akan saya temuramah.

"Sudah berapa lama pakcik meniaga cendol?" tanya saya.

"Sudah lebih 24 tahun. Sebelum berniaga di sini kira-kira 10 tahun yang lalu, pakcik juga pernah berniaga di Chow Kit dan Sri Gombak," balas Pakcik Idrus.

Apabila ditanya mengenai perniagaan lain yang pernah dilakukannya, jawab Pak Idral," Pakcik pernah jual jam, buah dan stimbot sebelum berniaga cendol. Tapi yang paling meletihkan adalah sewaktu menjual stimbot. 3 bulan pakcik tak cukup tidur."

"Pak Idral, pernah tak pakcik dengar orang menjadi kaya dengan bersedekah?" Soal saya lagi. Dia lantas menjawab, "Rezeki itu kan dari Allah. Kita memberi sedekah sebagai amal kebajikan. Tetapi apabila kita bersedekah semata-mata untuk menjadi kaya, itu khurafat namanya."

'Pakcik, bukankah kita boleh memohon agar dimurahkan rezeki dengan bersekah? Rezeki Allah harus dijemput dengan cara yang baik. Tidakkah begitu?"

"Apabila kita membantu orang lain, Allah akan membantu kita. Bila kita melakukan kebaikan dengan orang lain, Allah pasti akan membalasnya dengan cara yang serupa atau lebih baik lagi."

Jawapan yang ringkas dan tuntas dari seorang bapa kepada 9 orang anak ini. Nampaknya selepas ini saya akan menjadi pelanggan Pak Idral yang paling beruntung. Selain daripada menikmati cendol yang enak, dapat juga mengorek rahsia pak cendol ini!

No comments: